|
Peringkat dalam kemahiran membaca
Sumber : https://www.xmind.net/embed/h5gq/ |
APA ITU MEMBACA?
Membaca adalah satu cara bagi
mendapatkan informasi daripada sesuatu yang ditulis.
Sebagai pelajar, membaca menjadi
suatu keutamaan bagi mendapatkan maklumat dan memahami sesuatu perkara atau
konsep.
Bagi menjadi pembaca yang berkesan,
kita mesti menguasai beberapa teknik membaca yang betul dan sesuai dengan
keupayaan kita.
TEKNIK MEMBACA
Membaca boleh dibahagikan kepada dua
teknik iaitu:
TEKNIK PEMBACAAN CEPAT dan TEKNIK PEMBACAAN PERLAHAN
TEKNIK PEMBACAAN CEPAT/ PANTAS
TEKNIK SKIMMING (LUNCURAN)
·
Teknik Skimming atau Luncuran adalah
satu kemahiran membaca bagi seseorang yang ingin mendapatkan maklumat atau
bahan secara ringkas dan pantas.
TUJUAN MENGGUNAKAN TEKNIK SKIMMING
(LUNCURAN)
·
Mendapatkan maklumat ringkas tetapi
menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen
· Pandangan umum mengenai dokumen
dengan segera
CARA-CARA MEMBUAT SKIMMING
(LUNCURAN)
·
Membaca tajuk pendahuluan dan
rumusan bahan atau dokumen
·
Membaca dengan pergerakan mata yang
dekat
·
Fokus kepada bahagian tertentu dalam
buku seperti pengenalan, tajuk utama dan rumusan
·
Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada
bahan yang dibaca
TEKNIK SCANNING (IMBASAN)
·
Teknik Scanning atau Imbasan adalah
kemahiran membaca yang digunakan oleh seseorang yang ingin mendapatkan maklumat
yang lebih mendalam.
TUJUAN MENGGUNAKAN TEKNIK SCANNING
(IMBASAN)
·
Untuk mendapatkan gambaran
keseluruhan mengenai sesuatu tajuk
·
Untuk mendapatkan maklumat tertentu
sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan
·
Untuk mengenalpasti isi keseluruhan
sesuatu tajuk
CARA-CARA MEMBUAT TEKNIK SCANNING
(IMBASAN)
·
Membaca pendahuluan dan rumusan teks
secara mendalam
·
Membaca kandungan bab dengan pantas
sambil mencatat kata kunci dan konsep yang dinyatakan
·
Memberikan perhatian kepada rajah
dan grafik yang ada
TEKNIK PEMBACAAN PERLAHAN
TUJUAN TEKNIK PEMBACAAN PERLAHAN:
·
Untuk membuat analisis
·
Supaya lebih faham
·
Dapat menilai bahan bacaan
·
Memahami arahan yang diberikan
seperti dalam latihan dan soalan
·
Dapat mengingat maklumat dengan
lebih berkesan
TEKNIK SQ3R
·
SQ3R ialah teknik membaca perlahan yang telah diperkenalkan
oleh Robinson (1961).
·
Ia merupakan satu kaedah membaca
yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam
sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.
APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SQ3R?
S-
SURVEY (MENGKAJI)
·
Kaji bahan bacaan dan dapatkan isi
kandungan
·
Baca prakata, tajuk, tajuk kecil dan
sub-tajuk
·
Baca keterangan, carta dan grafik
·
Baca rumusan
·
Melihat bagaimana maklumat
disampaikan
·
Lihat sepintas lalu pada
pendahuluan, ringkasan dan rumusan
Q-
QUESTION (MENYOAL)
·
Menyoal perkara yang berkaitan dan
bersesuaian
·
Menukar tajuk dan sub-tajuk kepada
bentuk soalan
·
Menyoal; "apa yang saya tahu
tentang tajuk ini?". Kaitkan dengan apa yang dibaca
·
Bersoal jawab dengan rakan-rakan
·
Menjawab soalan yang terdapat di
akhir bab
3R-
READ (MEMBACA)
·
Baca perlahan pada petikan yang
sukar
·
Ambil perhatian pada petikan atau
frasa yang penting
·
Catatkan nota yang bergaris,
huruf italic, dan kenyataan yang ditebalkan
·
Dapatkan contoh yang lengkap yang
boleh menerangkan maklumat yang dibaca
·
Ulang baca dan tumpukan pada kata
kunci
3R-
RECITE (MENYEBUT)
·
Cuba faham dan imbas kembali dengan
menyebut semula
·
Gunakan deria untuk memudahkan
proses mengingat
·
Imbas kembali apa yang dibaca dengan
menggunakan teknik penyoalan
3R-
REVIEW (MENGULAS)
·
Ulas semula maklumat yang dibaca
·
Ulas soalan dan jawapan
·
Buat ulasan nota
·
Gunakan kad imbasan pada soalan yang
sukar
·
Buat rumusan pertama sebaik sahaja
selesai belajar
TEKNIK MEMBACA KWLH
KWLH adalah singkatan bagi yang berikut:
·
K
(KNOW) - apa yang telah diketahui (sebelum membaca)
·
W
(WANT) - apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
·
L
(LEARNED)- apa yang telah diketahui (selepas membaca)
·
H
(HOW) - bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan (untuk pembacaan seterusnya)
TEKNIK
MEMBACA DI ATAS MENERANGKAN BAHAWA PEMBACA PERLU:
·
Mengingat dahulu apa yang telah
diketahui
·
Membayang atau menentukan apa yang
ingin diketahui
·
Melakukan pembacaan (bahan yang
telah dipilih)
·
Mengetahui apa yang telah diperoleh
daripada pembacaan yang baru dilakukan
·
Menentukan lagi apa yang perlu
diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)
TEKNIK
INI MEMBOLEHKAN PELAJAR:
·
Mengaitkan pengetahuan sedia ada
dengan apa yang dibaca
·
Menentukan apa yang telah diperoleh
daripada pembacaannya
·
Menentukan apakah lagi bahan yang
perlu dibaca sekiranya memerlukan maklumat tabahan